Monday, May 19, 2014

HOMESTAY

HOMESTAY di Jepun bermaksud tinggal bersama keluarga Jepun. Homestay bukan bermakna tinggal percuma ataupun penginapan murah. Tujuan homestay adalah untuk mendapat pengalaman sebenar mengenai kehidupan orang Jepun.

Umum mengetahui bahawa rumah orang Jepun adalah kecil dan sempit. Namun masih ramai orang Jepun yang mahu menerima orang asing sebagai anak angkat mereka untuk jangka waktu tertentu. Biasanya dalam tempoh yang singkat. Misalnya di hujung minggu. Ada kalanya juga, oleh kerana rumahnya terlalu sempit atau tidak sesuai disebabkan ada perkara-perkara lain, (umpamanya ada anjing peliharaan dalam rumah), makan keluarga angkat akan berkongsi anak angkat dengan keluarga lain. Begitulah orang Jepun.